Rabu, 26 Ogos 2009

Mengapa Berbuka dengan Tamar?

Di lewat waktu berpuasa, taham kepekatan glukosa dan insulan pada darah vena labuhan hati akan menurun. Keran itu, pembekalan segera tubuh dengan glukosa pada waktu ini mempunyai faedah-faedah yang besar antaranya adalah :
  1. Meninggikan kepekatan gula dengan di dalam darah vena labuhan hati sebaik sahaha penyerapannya.
  2. Menghentikan pengoksidaan asid lemak, lalu ia akan memotong jalan pembentukan jisim-jisim ketone yang bermahaya.
  3. Menghilangkan tanda-tanda keletihan dan kelemahan umum dan ketidakstabilan kecil pada sistem saraf.
  4. Menghentikan pemusnahan asid amino dan seterusnya memelihara protein tubuh.
Tamar di kira makanna terkaya dengan gula glukosa, dan ari itu ia adalah makanna terbaik yang diberikan kepada tubuh pada ketika itu kerana ia mengandungi nisbah yang tinggi daripadagula iaitu sekitar 75% - 85%. Glokosa membentuk 55% daripadanya dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan deserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi menyiran kehausan pada tubuh terhadap tenaga.

Begitu juga semua vitamin-vitaminyang dikandungi oleh tamar, mempunyai peranan yang aktif di dalam proses-proses pembentukan enzim-enzim penting dalam proses-proses aktif tubuh, sebagaimana ia mempunyaiperanan yang penting di dalam penguncupan dan penembangan otot-otot serta pengimbangan asid utama di dalam tubuh, maka dengan itu akan hilang apa-apa ketegangan otot atau saraf, dan akan meliputi kecergasan, keredaan dan ketenangan ke seluruh badan. Dan jika seorang manusia memulakan berbukanya dengan mengambil bahan-bahan berprotien atau berlemak, ia tidak akan diserap melainkan setelah satu jangka masa yang panjang dari penghadaman. Dan ia tidak akan memunaikan matlamat menyelamatkan tubuh dalam keperluannya yang segera terhadap tenaga serta ia akan membawa kepada perendahan gula darah.

Kerana sebab-sebab ini, kita ketahui hikmah daripada Nabi dan perbuatan baginda berbuka dengan tamar.

Daripada Salman bin Aa'mir, daripada Nabi; bahawa baginda bersabda:

" Apabila seseorang darikalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan iar kerana ia adalah penyuci "

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dan daripada Anas, beliau berkata:

" Dahulunya Rasulullah berbuka dengan beberapa biji rutab [kerma basah] sebelum baginda solat. Jika tidak ada rutab, maka dengan beberapa biji tamar [kurma kering]. Jika tidak ada, maka baginda akan meneguk beberapa tegukkan daripada air "

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan