Khamis, 27 Ogos 2009

Kata-Kata Hikmah Ramadhan

Banyak orang berpuasa yang tidur hampir sepanjang hari dengan tujuan supaya tidak merasai bahawa mereka sedang berpuasa. Bahkan ada yang bangun hanyta untuk solat sahaja, setalah itu kembali menyambung tidur. Mereka menghabiskan siang hari dengan bermalas-malas, sedangkan malam digunakan untuk bergadang. Padahal, hikmah puasa adalah agar orang menikmati rasa lapar dan dahaga kerana mendambakan redha Ilahi. Orang yang tidur sepanjang hari sebenarnya tidak dapat merasakan hikmah puasa seperti ini.

Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam Durus al Masjid fi Ramadhan.

Rabu, 26 Ogos 2009

Mengapa Berbuka dengan Tamar?

Di lewat waktu berpuasa, taham kepekatan glukosa dan insulan pada darah vena labuhan hati akan menurun. Keran itu, pembekalan segera tubuh dengan glukosa pada waktu ini mempunyai faedah-faedah yang besar antaranya adalah :
  1. Meninggikan kepekatan gula dengan di dalam darah vena labuhan hati sebaik sahaha penyerapannya.
  2. Menghentikan pengoksidaan asid lemak, lalu ia akan memotong jalan pembentukan jisim-jisim ketone yang bermahaya.
  3. Menghilangkan tanda-tanda keletihan dan kelemahan umum dan ketidakstabilan kecil pada sistem saraf.
  4. Menghentikan pemusnahan asid amino dan seterusnya memelihara protein tubuh.
Tamar di kira makanna terkaya dengan gula glukosa, dan ari itu ia adalah makanna terbaik yang diberikan kepada tubuh pada ketika itu kerana ia mengandungi nisbah yang tinggi daripadagula iaitu sekitar 75% - 85%. Glokosa membentuk 55% daripadanya dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan deserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi menyiran kehausan pada tubuh terhadap tenaga.

Begitu juga semua vitamin-vitaminyang dikandungi oleh tamar, mempunyai peranan yang aktif di dalam proses-proses pembentukan enzim-enzim penting dalam proses-proses aktif tubuh, sebagaimana ia mempunyaiperanan yang penting di dalam penguncupan dan penembangan otot-otot serta pengimbangan asid utama di dalam tubuh, maka dengan itu akan hilang apa-apa ketegangan otot atau saraf, dan akan meliputi kecergasan, keredaan dan ketenangan ke seluruh badan. Dan jika seorang manusia memulakan berbukanya dengan mengambil bahan-bahan berprotien atau berlemak, ia tidak akan diserap melainkan setelah satu jangka masa yang panjang dari penghadaman. Dan ia tidak akan memunaikan matlamat menyelamatkan tubuh dalam keperluannya yang segera terhadap tenaga serta ia akan membawa kepada perendahan gula darah.

Kerana sebab-sebab ini, kita ketahui hikmah daripada Nabi dan perbuatan baginda berbuka dengan tamar.

Daripada Salman bin Aa'mir, daripada Nabi; bahawa baginda bersabda:

" Apabila seseorang darikalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan iar kerana ia adalah penyuci "

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dan daripada Anas, beliau berkata:

" Dahulunya Rasulullah berbuka dengan beberapa biji rutab [kerma basah] sebelum baginda solat. Jika tidak ada rutab, maka dengan beberapa biji tamar [kurma kering]. Jika tidak ada, maka baginda akan meneguk beberapa tegukkan daripada air "

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi)

Khamis, 20 Ogos 2009

PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN

Firman ALLAH swt;

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kanu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa "
al-baqarah : 183

Firman ALLAH swt;

" Pada bulan Ramadhan diturunkan kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan garis pemisah antar yang hak dan yang batil "
al-baqarah : 185

Sabda Rasullah saw;

" Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan iman dan penuh kesedaran mengharapkan ALLAH, maka diampuni dosa-dosa yang terdahulu sebagaiman hari dilahirkan oleh ibunya "
HR. Ibnu Khuzaimah dar Abu Hurairah

Sabda Rasullah saw;

" Tuhanku dan Tuhanmu Allah, (saat ini sudah) bermula terbit hilal (bulan sabit) kebaikan dan kebenaran, ya Allah, terbitkanlah hilal ini ke atas kami dengan membawa keselamatan, keamanan dan keimanan "

MARHABAN YA RAMADHAN

Jika Bulan Ramadhan datang, Rasulullah saw biasanya menyambut dengan ucapan;

" Selamat datang hai orang yang menyucikan "

Para sahabat bertanyta;

" Siapakah orang yang menytucikan itu wahai Rasullah ? "

Baginda menjawab;

" Orang yang menyucikan itu ialah bulan Ramadhan, ia menyucikan kita darpada segala dosa dan maksiat! "